Subscribe

Akuakultur dan cara

Posted by Admin. on Friday, July 18, 2008


Akuakultur

Akuakultur ialah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air.

Matlamat utama akuakultur dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium.

Antara spesis yang boleh dijalankan akuakultur ialah ikan Tilapia, Keli, Baung, Patin, Temoleh, Jelawat, Lampam, Karp, Haruan, Udang Galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan Kerapu, Siakap, Jenahak, Udang Harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.


SPESIS KERAPU

1. Ikan Kerapu Bara


Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin.

Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.

Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)