RAS adalah proses yang menggunakan kitaran semula air dengan menternak ikan dalam tangki dan membiarkan air berkenaan memlalui sebuah tapisan (filter) biologi yang bertindak mengeluarkan bahan toksin daripada tangki tersebut. Setiap system filter RAS menjalankan empat fungsi utama iaitu membuang kumuhan di dasar, membuang kumuhan yang terapung, menukar atau membuang ammonia dan menukar gas karbon dioksida kepada oksigen. Proses membersihkan penapis ini hanya memerlukan masa 5 minit.
Penapisan ini mempunyai ketinggian 0.6 meter garispusat dan diletakkan bersama tangki fiber yang berukuran 4 meter garispusat X 1 meter tinggi X 4mm ketebalan. Tangki ini berupaya memelihara sehingga 1,000 ekor ikan seberat 500gram setiap ekor dengan kadar penukaran air rendah, yang secara langsung akan menghasilkan ikan yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga yang tinggi di pasaran. Pembesaran ikan lebih cepat berbanding kaedah konvensional memandangkan persekitaran pembesaran di dalam keadaan optima.
RAS mempunyai banyak kelebihan berbanding penternakan menggunakan kolam dan sangkar. Antara kelebihan adalah:
- Kawalan sepenuhnya kepada persekitaran (suhu, air, cahaya)
- Pengurusan yang mudah
- Meniru habitat semulajadi ikan
- Pengawalan penyakit
- Penggunaan air yang minima
- Pengeluaran yang lebih tinggi
- Kualiti ternakan yang tinggi
- Mesra alam kerana tidak mengumul sebarang bahan toksik
- Harga tinggi ternakan
RAS juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan sesuai digunakan di kawasan yang keadah penternakan akuakultur secara konvensional lain tidak sesuai digunakan. Kaedah ini lebih insentif dan dengan kawasan seluas 40 kaki X 40 kaki berupaya mengeluarkan sehingga lima metric tan ikan setahun.
Sejahtera.
Selamat bertandang ke Blog saya.Blog ini hanya sekadar satu perkongsian maklumat
Aqua Links
POST TERKINI
KATEGORI
- Adsense (1)
- Alam Misteri (1)
- Berita Online. (1)
- Diari (1)
- F.O.C (2)
- Foto Geleria (5)
- Koleksi Gambar (11)
- Koleksi Video (1)
- Magik Dan Trik (1)
- MalaysiaKu Hari Ini (1)
- Menarik (1)
- Minat Komik (2)
- Penternakan (6)
- Politik Malaysia (8)
- Rahsia Duit Online (1)
- Rahsia Google (1)
- Rahsia Yahoo (2)
- Sejarah (1)
- Sekadar Lawak (3)
- Sembang Santai (1)
- Soal Jawab Agama (5)
- Software (1)
- Tips Blogspot (8)
- Tips Komputer (2)
- Tukaran Wang Asing (1)
- TV Online (1)
0 comments: